LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
15
Notis penting
Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang anda muat turun mungkin menghabiskan kuasa bateri.
Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
3.  Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber terbuka
 AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang 
disediakan oleh pengeluar, ini mungkin akan menyebabkan telefon anda 
gagal berfungsi. Di samping itu, telefon anda tidak lagi dilindungi oleh 
waranti ini.
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi 
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat 
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda 
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang 
serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi 
tersebut dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4.  Membuka dan beralih aplikasi
Pelbagai tugas menjadi mudah dengan Android; anda boleh membiarkan lebih daripada
satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu keluar dari aplikasi sebelum
membuka yang lain. Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka. Android
menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu untuk
memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
1  
Ketik
. Pratonton aplikasi bagi aplikasi yang baru digunakan akan dipaparkan.
2  
Ketik aplikasi yang hendak anda akses. Ini tidak akan menghentikan aplikasi
sebelumnya yang berjalan di latar belakang. Pastikan anda mengetik
untuk
keluar dari aplikasi selepas menggunakannya.