LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
79
Tetapan 
Bluetooth ditambat – Membolehkan anda menyambung ke peranti lain melalui
Bluetooth.
Bantuan – Memaparkan maklumat Bantuan tentang penambatan USB, hotspot
Wi-Fi, dan penambatan Bluetooth.
Lagi
Mod pesawat – Mod Pesawat (penerbangan) membolehkan anda menggunakan
banyak ciri telefon anda seperti permainan dan muzik apabila anda berada di
kawasan yang mana melarang anda membuat atau menerima panggilan atau
penggunaan data. Apabila anda menetapkan telefon anda kepada Mod Pesawat,
ia tidak boleh menghantar atau menerima sebarang panggilan atau mengakses
data dalam talian.
Rangkaian mudah alih – Menu ini membolehkan anda mengkonfigurasi pelbagai
tetapan rangkaian mudah alih.
VPN – Dari telefon anda, anda boleh menambah, menyedia dan mengurus
rangkaian persendirian maya (VPN) yang membolehkan anda menyambung dan
mengakses sumber di dalam rangkaian tempatan yang selamat, seperti rangkaian
korporat anda.
Bunyi & Maklumat
< ASAS >
Profil bunyi
Membolehkan anda menetapkan profil bunyi telefon anda.
< BUNYI >
Volum
Laraskan tetapan volum telefon untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran
anda.
Nada dering
Membolehkan anda menetapkan nada dering untuk panggilan. Anda juga boleh
menambah nada dering dengan mengetik   di penjuru kanan atas skrin.