LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
81
Tetapan 
< TETAPAN LANJUTAN >
Lagi
Bunyi Pemberitahuan – Membolehkan anda menetapkan bunyi pemberitahuan.
Anda juga boleh menambah bunyi pemberitahuan dengan mengetik   di penjuru
kanan atas skrin.
Getar apabila diketik – Tanda semak untuk bergetar apabila mengetik butang
sentuh Utama dan semasa interaksi UI yang lain.
Kesan bunyi – Ketik untuk menetapkan nada sentuh pad dail, bunyi sentuh dan
bunyi kunci skrin.
Pemberitahuan suara mesej/panggilan – Ketik suis Pemberitahuan suara 
mesej/panggilan untuk menogol sama ada Hidup atau Mati. Dihidupkan
membolehkan peranti anda menunjukkan panggilan masuk dan peristiwa mesej
secara automatik.
Paparan
< RUMAH & KUNCI > 
Skrin utama
Pilih utama – Tetapkan Rumah atau EasyHome sebagai skrin utama asalan.
Smart Bulletin – Ketik suis Smart Bulletin untuk menogol sama ada Hidup
atau Mati. Mengaktifkan ciri ini menambah skrin Utama tambahan menunjukkan
maklumat yang disesuaikan.
Tema – Tetapkan tema skrin untuk peranti anda. Anda boleh muat turun tema
baru dari
LG SmartWorld.
Kertas dinding – Menetapkan kertas dinding untuk digunakan di skrin Utama
anda.
Efek skrin – Pilih jenis kesan dikehendaki untuk dipaparkan semasa anda seret
dari satu kanvas skrin Utama kepada yang seterusnya.
Benarkan menggelung skrin Utama – Memaparkan skrin pertama selepas skrin
terakhir apabila menatal skrin Utama.
Bantuan – Memaparkan maklumat bantuan untuk skrin Utama.