LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
98
Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon bimbit LG daripada Internet
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila lawati http://www.lg.com/
common/index.jsp   pilih negara dan bahasa anda. 
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda kepada versi terkini 
daripada Internet dengan mudah tanpa melawati pusat servis. Ciri ini tersedia hanya jika 
dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon mudah alih memerlukan perhatian 
penuh pengguna sepanjang tempoh proses kemas kini, sila pastikan anda memeriksa 
semua arahan dan nota yang muncul pada setiap langkah sebelum meneruskannya. 
Sila ambil perhatian bahawa menanggalkan kabel data USB semasa naik taraf boleh 
menyebabkan kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
NOTA: LG berhak membuatkan kemas kinian peralatan tegar hanya 
tersedia bagi model dipilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak 
menjamin ketersediaan versi lebih baru peralatan tegar bagi semua model 
telefon bimbit.
Kemas kinian Perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air (OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih baru 
dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung menggunakan kabel data USB. Ciri ini 
tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia 
bagi peranti anda.
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak versi perisian pada telefon mudah alih anda: 
Tetapan >  tab Umum > Mengenai telefon > Pusat kemaskini > Kemaskini perisian 
Semak sekarang untuk kemas kinian.
Kemas kinian perisian telefon