LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
100
Mengenai panduan pengguna ini
• 
Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. Ini akan 
memastikan bahawa anda menggunakan telefon anda dengan selamat dan dengan betul.
• 
Sesetengah imej dan tangkap layar yang disediakan dalam panduan ini mungkin nampak 
berbeza pada telefon anda.
• 
Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian yang 
dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa. Kandungan ini mungkin tertakluk 
kepada perubahan tanpa notis lebih awal. Bagi versi terkini manual ini, sila lawati laman 
web LG di www.lg.com.
• 
Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah, atau 
spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang 
masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh 
pembekal selain daripada LG.
• 
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi atau ketidakserasian 
yang timbul akibat tetapan daftaran yang diedit atau perisian sistem pengendalian yang 
diubah suai. Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh 
menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
• 
Perisian, audio, kertas hias dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan bersama peranti 
anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik dan menggunakan 
bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar 
undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya 
terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
• 
Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti pemesejan, 
memuat naik dan memuat turun, penyegerakkan auto, atau menggunakan perkhidmatan 
lokasi. Untuk mengelakkan caj tambahan, pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan 
anda. Hubungi pembawa perkhidmatan anda untuk mendapatkan butiran tambahan.
Mengenai panduan pengguna ini