LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
89
   Bantuan  – Ketik untuk melihat maklumat bantuan pada mengenai petua penjimatan bateri.
< Apl >
Guna menu Apl untuk melihat butiran tentang aplikasi yang dipasang pada telefon anda, 
menguruskan datanya dan memaksanya untuk berhenti.
Seret ke kanan dan ke kiri untuk memilih satu daripada tiga tab di bahagian atas skrin 
untuk melihat maklumat terperinci tentang aplikasi yang MUAT TURUNBERLARI, dan 
SEMUA.
Ketik entri untuk melihat maklumat selanjutnya, ketik Henti (atau Paksa henti), kemudian OK 
untuk hentikannya daripada berjalan.
< Ketik & bayar >
Apabila NFC dihidupkan, anda boleh menggunakan ciri ketik & bayar untuk membeli item 
dengan hanya menyentuh telefon anda pada pembaca di mesin daftar tunai. Jika peranti 
anda tidak mempunyai aplikasi lalai, anda boleh melayari Google Play untuk aplikasi 
pembayaran lain.
PERIBADI
< Akuan & selari >
Membolehkan aplikasi menyegerakkan data di latar belakang, tanpa mengira sama 
ada anda sedang mengerjakannya secara aktif atau tidak. Membuang tanda semak 
tetapan Secara automatik menyegerakkan data boleh menjimatkan kuasa bateri dan 
merendahkan (tetapi tidak menghapuskan) penggunaan data.
< Mod tetamu >
Guna mod Tetamu apabila anda membiarkan orang lain menggunakan telefon anda. 
Mereka hanya akan dapat menggunakan aplikasi yang anda pilih. Sebaik sahaja anda 
menyediakannya, anda boleh menjadikan telefon anda dalam mod Tetamu dengan melukis 
corak tetamu pada Skrin kunci yang anda tetapkan, yang berlainan daripada corak buka 
kunci normal anda. Ketik Bantuan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.