LG F70 - LG D315 ユーザーズマニュアル

ページ / 330
90
NOTA: Untuk menggunakan mod Tetamu, tetapkan Skrin kunci ke kunci 
corak. Tetamu juga boleh menggunakan aplikasi yang tidak dipilih sebelum 
ini tetapi dipautkan ke aplikasi yang dipilih sebelum ini.
< Lokasi >
Mod
  
Ketepatan 
tinggi 
– Gunakan GPS, WLAN dan rangkaian mudah alih untuk 
menganggarkan lokasi anda.
  
Jimat 
bateri 
– Menggunakan WLAN dan rangkaian mudah alih untuk menganggarkan 
lokasi.
  Pengesan peranti sahaja – Menggunakan GPS untuk menentukan lokasi anda.
PERMINTAAN LOKASI BARU-BARU INI
Paparkan aplikasi yang meminta maklumat lokasi baru-baru ini.
PERKHIDMATAN LOKASI
Membolehkan anda melihat tetapan lokasi Google anda.
< Keselamatan >
ENKRIPSI
  
Enkripsikan 
telefon 
– Membolehkan anda menyulitkan telefon untuk memastikannya 
selamat. Selepas penyulitan, PIN atau kata laluan perlu dimasukkan pada setiap kali 
anda menghidupkan telefon.
   Sulitkan penyimpanan kad SD – Membolehkan anda menyulitkan kad SD untuk 
memastikan ia selamat. Selepas penyulitan, anda tidak akan dapat menggunakannya 
dalam peranti lain. Mana-mana data yang dicipta atau dikemas kini selepas 
menyahdayakan penyulitan tidak akan disulitkan tetapi data yang disulitkan sebelum ini 
akan kekal disulitkan.