LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
4
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin 
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan 
mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada 
kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan 
panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk 
membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh 
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan 
peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-H735 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan 
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini 
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang 
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan 
kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit 
ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR 
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan 
pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, 
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi 
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-
Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 
2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien