LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
6
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian 
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana 
ia mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang 
dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan 
rosak teruk.
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon 
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan 
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh 
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika 
tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang 
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan 
dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan 
biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan 
dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan 
ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga 
apabila mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan 
ia sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan 
sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau 
pengering rambut.