Philips HD7546 Benutzerhandbuch

Seite von 48
Perihalan umum (gamb. 1)
A  Butang hidup kuasa dengan lampu
B  Kord sesalur kuasa
C  Pembancuh kopi
D  Penunjuk paras air
E  Tangki air
F  Tudung tangki air
G  Pemegang penuras boleh tanggal
H  Tudung jag termos
I  Jag termos
Pengenalan
Tahniah kerana membeli pembancuh kopi baru Philips. Perkakas ini telah direka bentuk untuk
kemudahan dan nikmat berpanjangan untuk anda. Maklumat di bawah akan membantu anda
menggunakan pembancuh kopi anda dengan cara yang terbaik untuk membru kopi yang lazat.
Nikmatilah!
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas di dalam air atau apa-apa cecair lain.
amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord atau perkakas itu sendiri rosak.
Jika sesalur kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian anak-anak. Jangan biarkan kord salur kuasa tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja dimana perkakas berada.
awas
Jangan letakkan pembancuh kopi di atas permukaan panas dan pastikan kord sesalur kuasa utama
tidak bersentuhan dengan permukaan panas.
Cabut plag perkakas sebelum membersihkannya dan jika masalah berlaku semasa penjerangan.
Jangan ceraikan jag termos.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jag termos ke dalam air atau apa-apa cecair lain, kerana ini boleh
menyebabkan air memasukki antara kedua-dua dinding jag.
Apabila jag dipenuhi kopi, pastikan ia dalam kedudukan menegak agar tidak bocor.
Semasa menjerang, bahagian bawah perkakas dan jag termos menjadi panas.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu