Philips HD7546 Benutzerhandbuch

Seite von 48
 1 
Untuk menuang kopi, putarkan tudung ke kanan dengan menggunakan tangkainya sehingga
anak panah pada tudung menghala ke arah simbol ‘tuang’ e. (Gamb. 15)
Sentiasa tutup jag dengan tudung selepas menuang kopi untuk mengekalkan kepanasan kopi.
  
Untuk menutup jag dengan tudung, putarkannya ke kiri dengan menggunakan tangkainya
sehingga anak panah pada tudung menghala ke simbol ‘ditutup/membru’ r. (Gamb. 16)
  
Untuk menanggalkan tudung dari jag termos, putarkannya ke kiri dengan menggunakan
tangkainya sehingga anak panah pada tudung menghala ke simbol ‘tanggalkan tudung’
t
. (Gamb. 17)
 4 
Angkat pemegang turas dan buang kertas turas (Gamb. 18).
 5 
Jika anda telah menggunakan turas kekal, kosongkan dan bilasnya.
Pembersihan
Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum anda mula membersihkannya.
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas atau jag ke dalam air.
 1 
Bersihkan bahagian luar pembancuh kopi dengan kain yang lembap.
  
Tanggalkan pemegang turas. (Gamb. 19)
  
Bersihkan pemegang turas di dalam air yang panas dengan sedikit cecair pencuci atau di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk.
Pemegang turas plastik (HD7544) boleh dibersihkan di dalam mesin membasuh pinggan mangkuk.
Jangan bersihkan pemegang turas logam (HD7546) dalam mesin basuh pinggan mangkuk..
 4 
Bersihkan bahagian dalam jag termos dengan berus yang lembut, air panas dan sedikit cecair
membasuh pinggan. Jangan bersihkan jag termos dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
 5 
Selepas dibersihkan, bilas jag termos dengan air panas segar.
Nota: Untuk mengeluarkan mendapan coklat yang degil, isi jag dengan air panas dan tambah satu sudu 
soda. Biarkan soda bertindak untuk beberapa ketika. Kemudian kosongkan jag dan keluarkan mendapan 
dengan berus yang lembut. Bilas jag termos dengan air panas segar.
Penanggalan kerak
Penanggalan kerak secara kerap akan melanjutkan hayat perkakas dan akan menjamin hasil
pembancuhan yang unggul untuk masa yang lama.
Bagi penggunaan biasa (dua jag penuh kopi setiap hari), tanggalkan kerak pada pembancuh kopi anda:
sekali setiap bulan jika anda menggunakan air sadah;
sekali setiap 4 bulan jika anda menggunakan air lembut.
Rujuk kepada lembaga air tempatan anda untuk maklumat kekerasan air di tempat anda.
 1 
Isi tangki air setengah penuh dengan air dan pembuang kerak cecair mengikut arahan pada
bungkusan pembuang kerak. Jangan gunakan pembuang kerak debu!
Anda juga boleh mengguna cuka putih (4% asid asetik).
  
Biarkan sehingga perkakas melengkapkan dua kitaran menjerang.
  
Biarkan perkakas melengkapkan dua lagi kitaran membru dengan air sejuk yang segar untuk
menanggalkan semua pembuang kerak cecair dan sisa cuka.
 4 
Bersihkan bahagian-bahagian yang boleh ditanggalkan (lihat bab ‘Pembersihan’).
-
-
,
BaHasa MElayu
5