LG D855 Owner's Manual

Page of 352
27
NOTA:  
Gunakan kad memori yang serasi dengan telefon anda. Menggunakan kad 
memori yang tidak serasi mungkin merosakkan kad dan data yang disimpan 
pada kad serta telefon.
Untuk mengelakkan kerosakan pada kad memori atau data yang disimpan 
pada kad, kad memori harus dinyahlekapkan sebelum dikeluarkan dari 
telefon.
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika tidak, anda mesti memformatkannya 
sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA: Semua fail pada kad memori anda akan dipadam apabila kad 
diformatkan.
1  
Sentuh   untuk buka senarai aplikasi.
2  
Tatal dan sentuh   
Tetapan > tab Umum > Storan.
3  
Sentuh 
Menyahlekap kad SD.
4  
Sentuh 
Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua.
5  
Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih 
Padam semuanya.
NOTA: Jika terdapat kandungan dalam kad memori anda, struktur foldernya 
mungkin berbeza selepas diformatkan memandangkan semua fail telah 
dipadamkan.