LG D855 Owner's Manual

Page of 352
28
Mengenali telefon anda
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci 
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja 
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan 
kekunci Kuasa/Kunci   untuk 
mengunci telefon anda. 
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia 
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada 
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak 
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan 
kekunci Kuasa/Kunci  . Skrin kunci akan 
muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci 
skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
Knock Code
Ciri Knock Code membolehkan anda mengetik skrin dengan corak Knock Code anda 
sendiri menggunakan skrin yang dibahagikan kepada 4 petak menghidupkan atau 
mematikan skrin dengan mudah. Anda boleh melumpuhkan ciri ini dalam tetapan Skrin 
kunci.
NOTA:  
Jika anda memasukkan Knock Code yang salah sebanyak 6 kali, anda akan 
dibawa ke log masuk akaun Google/PIN sandaran anda.
Gunakan hujung jari dan bukan kuku jari untuk ketik skrin bagi 
menghidupkan atau mematikannya.
Apabila Knock Code tidak digunakan, anda boleh menggunakan fungsi 
Pasangkan Skrin dengan mengetik skrin.
1  
Daripada skrin Utama, ketik   
Kekunci Apl >   Tetapan > tab Paparan.
2  
Ketik 
Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Knock Code.