LG LGD686 User Manual

Page of 343
29
Mengunci dan membuka kunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci 
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja 
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan 
kekunci Kuasa/Kunci   untuk 
mengunci telefon anda. 
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia 
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada 
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak 
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan 
kekunci Kuasa/Kunci  . Skrin kunci akan 
muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci 
skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
Pasangkan skrin
Anda boleh Menghidupkan/Mematikan skrin dengan mengetik dua kali.
Untuk mengaktifkan ciri Pasangkan skrin
1  
Dari Skrin Utama, sentuh 
Apl   > Tetapan > Paparan > Pasangkan Skrin.
2  
Letakkan tanda semak semasa 
Pasangkan Skrin.
Ketik dua kali pusat skrin dengan cepat untuk menghidupkannya. Skrin akan dimatikan 
apabila anda mengetik dua kali bar status dalam sebarang skrin (kecuali pada pencari 
pandangan kamera) atau kawasan kosong pada Skrin utama LG dan Skrin Kunci.