LG LGD686 User Manual

Page of 343
31
Skrin utama anda
Petua Skrin Sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada 
papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya dan 
tidak mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku. Contohnya, untuk membuka 
pilihan tersedia kenalan, sentuh dan tahan kenalan dalam senarai Kenalan sehingga 
menu konteks terbuka.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, 
gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan. 
Anda boleh menyeret item pada skrin Utama untuk menukar kedudukannya.
Sapu atau luncurkan – Untuk sapu atau luncurkan, dengan pantas gerakkan jari anda 
merentasi permukaan skrin, tanpa berhenti semasa anda mula-mula menyentuhnya 
(supaya anda tidak menyeretnya pula). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas 
atau ke bawah untuk menatal menerusi senarai, atau menyemak imbas melalui skrin 
Utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Contohnya, 
dengan cepat ketik dua kali bahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu 
untuk disesuaikan dengan lebar skrin. Anda juga boleh dwiketik untuk zum masuk dan 
keluar semasa melihat gambar.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit 
atau mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menyemak imbas Peta atau 
gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan 
mengikut orientasi fizikal peranti.