LG LGD686 User Manual

Page of 343
95
< Masa tamat skrin >
Tetapkan jumlah masa sebelum skrin tamat masa.
< PASANGKAN SKRIN >
Tandakan untuk mendayakan KnockON menghidup dan mematikan skrin. Dwiketik 
dengan cepat di tengah skrin untuk menghidupkannya. Dwiketik Bar Status, kawasan 
kosong pada skrin Utama atau skrin Kunci untuk mematikan skrin. Untuk hasil yang 
terbaik, jangan gerakkan telefon semasa menggunakan ciri Pasangkan Skrin.
Skrin auto putar – Tandakan untuk menetapkan telefon memutarkan skrin secara 
automatik berdasarkan orientasi telefon (potret atau landskap).
Mimpi Hari – Ketik suis Mimpi Hari untuk menogol sama ada Hidup atau Mati. 
Dihidupkan, membolehkan set gambar skrin dipaparkan apabila telefon sedang tidur 
semasa dok dan/atau mengecas. Pilih daripada Jam, Mengecas, Warna, Bingkai Foto 
dan Jadual Foto.
< Jenis fon >
Tetapkan jenis fon yang digunakan untuk telefon dan menu.
< Saiz fon >
Tetapkan saiz fon yang dipaparkan di telefon dan menu.
Am
< Operasi sebelah tangan >
Pad kekunci dail – Tekan anak panah untuk melaraskan kedudukan pad kekunci dail 
ke kiri atau kanan.
Papan kekunci LG – Kuis papan kekunci atau tekan anak panah untuk melaraskan 
kedudukan papan kekunci LG ke kiri atau kanan.
Skrin kunci – Tekan anak panah untuk melaraskan kedudukan PIN ke kiri atau kanan.
Bantuan – Memaparkan maklumat mengenai operasi sebelah tangan.