LG LGD686 User Manual

Page of 343
97
Penjimatan bateri – Menggunakan WLAN dan rangkaian mudah alih untuk 
menganggarkan lokasi.
Sensor peranti sahaja – Menggunakan GPS untuk menentukan lokasi anda.
PERMINTAAN LOKASI TERKINI – Memaparkan aplikasi yang telah meminta 
maklumat lokasi baru-baru ini.
PERKHIDMATAN LOKASI – Membolehkan anda melihat tetapan lokasi Google 
anda.
< Keselamatan >
Sulitkan telefon  – Membolehkan anda menyulitkan data pada telefon untuk 
keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN atau kata laluan untuk menyahsulit 
telefon anda setiap kali anda menghidupkannya.
Sulitkan simpanan kad SD – Membolehkan anda menyulitkan data kad SD untuk 
memastikan ia selamat.
Selepas penyulitan, anda tidak akan dapat menggunakannya dalam peranti lain. Mana-
mana data yang dicipta atau dikemas kini selepas menyahdayakan penyulitan tidak 
akan disulitkan tetapi data yang disulitkan sebelum ini akan kekal disulitkan.
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad Micro-USIM atau ubah PIN kad Micro-
USIM.
Taipan kata laluan kelihatan – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang 
disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir peranti.
Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan Play Store.
Sahkan aplikasi – Tidak membenarkan atau memberi amaran sebelum pemasangan 
aplikasi yang boleh menyebabkan kemudaratan.
Akses Pemberitahuan – Paparkan pemberitahuan.
Jenis simpanan – Perisian sahaja.
Kelayakan dipercayai – Paparkan Sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari simpanan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan.
Kosongkan kelayakan – Alih keluar semua sijil.