LG G Pad 8.3 - LG V500 User Guide

Page of 304
18
 
AMARAN
Untuk melindungi tablet dan data peribadi anda, hanya muat turun 
aplikasi daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika 
terdapat aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada tablet anda, 
tablet anda mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya 
atau ralat yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang 
aplikasi-aplikasi tersebut dan semua data dan tetapannya daripada tablet.
3.  Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan corak buka kunci untuk menjamin keselamatan tablet anda. 
Ketik 
 > 
 > Tab 
Apl > Tetapan 
 > 
Paparan > Skrin kunci > Pilih 
skrin kunci > Corak. Ini akan membuka skrin yang akan memandu anda 
melalui cara melukis buka kunci corak skrin. Anda hendaklah mencipta PIN 
Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak 
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak 
anda.
 
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. 
Anda tidak akan dapat mengakses tablet anda jika anda menggunakan 
corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk 
memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah 
menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 
saat.