LG G Pad 8.3 - LG V500 User Guide

Page of 304
20
Lepaskan kekunci 
Kuasa/Kunci sahaja apabila logo LG dipaparkan dan 
terus tekan kekunci 
Turun Volum.
Segera tekan dan tahan kekunci 
Kuasa/Kunci + Naik Volum secara 
serentak sambil terus menekan kekunci 
Turun Volum.
Lepaskan semua kekunci apabila skrin Tetapkan semula kilang dipaparkan.
Tekan sama ada 
Kekunci Kuasa/Kunci untuk meneruskan atau Kekunci 
Volum untuk membatalkan.
Tekan sama ada 
Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi untuk mengesahkan 
atau 
Kekunci Volum untuk membatalkan.
Peranti anda akan melakukan penetapan semula keras.
 
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, 
data pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk 
menyandarkan sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan 
Semula Keras.
5.  Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh 
membiarkan lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. 
Tidak perlu keluar daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi.
Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka. Android 
menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu 
untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan sumber 
tanpa ada perlunya.