LG LGV500 White User Guide

Page of 304
10
 
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk 
digunakan bersama model tertentu peranti ini. Penggunaan sebarang 
jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang 
berkaitan dengan peranti ini dan mungkin berbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis 
yang layak jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk 
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang 
diperbaiki, asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang 
diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau 
dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan peranti di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat 
demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan peranti 
anda di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital yang 
sensitif.
• Jangan kendalikan peranti dengan tangan yang basah semasa ia sedang 
dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan peranti 
mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana 
peranti akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.