LG LGV500 White User Guide

Page of 304
11
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini 
(jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas tablet di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia 
boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan 
tablet.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh 
antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki 
kaca yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca 
kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti 
ini.
• Tablet anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada 
penggunaan biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang 
berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin 
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda 
hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan peranti anda atau betul-
betul selepas menggunakannya.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk 
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan 
proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, 
ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.