Samsung MC286TATCSQ User Manual

Page of 120
Bahasa Melayu - 3
01
  MAKLUMAT KESELAMATAN
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN 
UNTUK RUJUKAN PADA MASA 
HADAPAN.
Pastikan langkah-langkah keselamatan ini 
dipatuhi sepanjang masa.
Sebelum menggunakan ketuhar, 
pastikan arahan berikut diikuti.
 
AMARAN (Fungsi gelombang mikro sahaja)
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu 
rosak, ketuhar tidak boleh dikendalikan 
sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang 
cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi 
seseorang yang tidak cekap menjalankan 
sebarang servis atau operasi pembaikan 
yang melibatkan kerja menanggalkan 
penutup yang memberi perlindungan 
daripada pendedahan kepada tenaga 
gelombang mikro.
Alat ini dimaksudkan untuk digunakan di 
rumah sahaja.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak 
menggunakan ketuhar tanpa penyeliaan 
apabila arahan yang mencukupi telah 
diberikan supaya kanak-kanak tersebut 
boleh menggunakan ketuhar dengan cara 
yang selamat dan memahami bahaya 
penggunaan yang tidak betul.
AMARAN: Alat in boleh digunakan oleh 
kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan 
orang-orang yang kekurangan keupayaan 
fizikal, deria atau mental atau kurang 
pengalaman dan pengetahuan jika mereka 
telah diselia atau diberi arahan mengenai 
penggunaan alat dengan cara yang selamat 
dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-
kanak tidak seharusnya bermain dengan alat 
ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan 
pembersihan dan penyenggaraan pengguna 
melainkan mereka berusia daripada 8 tahun 
ke atas dan diawasi.
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai 
untuk digunakan dalam ketuhar gelombang 
mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas 
plastik atau kertas, perhatikan ketuhar untuk 
mengesan kemungkinan pencetusan bunga 
api.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd   3
2014-08-21     4:20:33