Samsung MC286TATCSQ User Manual

Page of 120
Bahasa Melayu - 4
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan 
sebarang cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam 
keadaan yang bersih boleh mengakibatkan 
kerosakan pada permukaannya yang 
boleh memendekkan hayat peralatan ini 
dan mungkin mengakibatkan situasi yang 
berbahaya.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang 
di dalam kenderaan jalan raya, karavan, dan 
kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-
orang (termasuk kanak-kanak) yang 
mempunyai keupayaan fizikal, sensori 
atau mental yang kurang, atau tidak 
berpengalaman dan berpengetahuan, 
kecuali mereka telah diberikan penyeliaan 
atau arahan tentang penggunaan alat ini 
oleh orang yang bertanggungjawab bagi 
keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan 
mereka tidak bermain dengan alat ini.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti 
oleh pengilang, ejen perkhidmatannya atau 
orang-orang yang sama berkelayakan bagi 
mengelakkan bahaya.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan 
untuk pemanasan makanan dan minuman. 
Pengeringan makanan atau pakaian dan 
pemanasan pad penghangat, selipar, span, 
kain lembap dan yang seakan-akan sama 
boleh menyebabkan risiko kecederaan, 
penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut 
palam alat dan pastikan pintu ketuhar ditutup 
untuk mematikan api;
AMARAN: Memanaskan minuman 
menggunakan gelombang mikro boleh 
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda; 
oleh itu, pastikan anda berhati-hati apabila 
memegang bekas.
AMARAN: Kandungan botol makanan 
bayi dan balang makanan bayi harus 
dikacau atau digoncang dan suhunya 
diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi 
mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus 
tidak harus dipanaskan di dalam ketuhar 
gelombang mikro oleh kerana ia boleh 
meletup, walaupun setelah pemanasan 
gelombang mikro telah selesai.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd   4
2014-08-21     4:20:33