Philips hp4891 User Manual

Page of 52
K
  Pembaur isipadu (HP4892/HP4891: dengan hujung seramik)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan 
perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas 
air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila 
digunakan di dalam bilik air, cabut plag perkakas selepas digunakan. Air 
yang berdekatan merupakan risiko biar pun perkakas sudah dimatikan.
Jangan masukkan objek logam ke dalam gril udara untuk mengelakkan 
kejutan elektrik.
amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan 
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan 
perkakas.
Periksa dengan kerap keadaan kord utama. Jangan gunakan perkakas 
jika plag, kord utama atau perkakas rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis 
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi 
mengelakkan bahaya.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang 
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau 
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka 
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh 
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka. 
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak 
bermain dengan perkakas itu.
awas
Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda 
memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang 
membekali bilik air. RCD ini mesti mempunyai arus pengoperasian 
baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada 
juru pemasang anda.
-
-
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu
1