Philips hp4891 User Manual

Page of 52
Jangan menghalangi gril udara.
Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia akan terpadam secara 
automatik. Cabut plag perkakas dan biarkannya menyejuk selama 
beberapa minit. Sebelum menghidupkan perkakas sekali lagi, pastikan 
gril tidak tersumbat dengan debu halus, rambut, dll.
Sentiasa matikan perkakas sebelum meletakkannya, walaupun untuk 
seketika. 
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas.
Anda mungkin mendapati bau tertentu apabila anda menggunakan 
pengering rambut ini. Bau ini disebabkan oleh ion yang dijana dan ia 
tidak mendatangkan bahaya kepada badan manusia.
Jangan periksa penjana ion dengan objek logam.
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari 
pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips. 
Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian, 
jaminan anda akan dibatalkan.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan 
medan elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul 
dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk 
digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas 
Mengeringkan
 1 
 Pasangkan plag di soket dinding.
  
Pilih tetapan aliran udara yang dikehendaki (rendah,sederhana atau
tinggi) untuk menghidupkan perkakas.
  
Tetapkan suis gelangsar pada tetapan sejuk, hangat atau panas.
  
Hidupkan atau matikan fungsi ion dengan suis gelangsar ion.
Fungsi ion mengurangkan rambut menggerbang dan elektrik statik, dan 
sesuai terutamanya untuk rambut yang hampir kering.
-
-
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu
0