Philips hd4706 Manual De Usuario

Descargar
Página de 44
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). 
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat 
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
 1 
 Bersihkan bahagian berasingan periuk pemasak nasi dengan sempurna sebelum menggunakan 
perkakas pada kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’). Pastikan semua bahagian benar-benar 
kering sebelum anda menggunakan perkakas.
  
 Pasangkan pemegang senduk pada jasad utama periuk pemasak nasi (Gamb. ).
Menggunakan perkakas
Memasak nasi
 1 
 Ukur beras menggunakan cawan penyukat yang disediakan.
Setiap cawan beras biasanya memberikan 2 mangkuk nasi. Jangan lebihi kuantiti yang ditunjukkan 
pada permukaan dalam periuk dalam.
HD4702: 3-10 cawan beras
HD4706: 1-5.5 cawan beras 
  
 Basuh beras dengan sempurna.
Gunakan bekas lain untuk membasuh beras supaya salutan tidak lekat pada periuk dalam tidak rosak.
  
 Tuangkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dalam. 
  
 Tambahkan air sehingga aras yang ditunjukkan pada skala di dalam periuk, yang sepadan 
dengan bilangan cawan beras yang digunakan. Kemudian ratakan permukaan beras. 
Contohnya, jika anda memasak 4 cawan beras, tambahkan air sehingga aras 4 cawan yang 
ditunjukkan pada skala. 
HD70 (Gamb. )
HD706 (Gamb. )
Nota: Aras yang ditandakan di dalam periuk cuma panduan; anda boleh melaraskan aras air bagi jenis 
beras yang berlainan ataupun mengikut cita rasa anda.
 5 
 Tekan butang pelepas dan bukakan tudung dengan memegang tangkainya.
 6 
 Masukkan periuk dalam ke dalam periuk pemasak nasi. Periksa sama ada periuk dalam dan 
plat pemanas besentuhan dengan baik pada satu sama lain.
Pastikan permukaan luar periuk dalam berkeadaan kering dan bersih, dan tiada sisa asing pada plat 
pemanas atau suis bermagnet.
 7 
 Tudungkan periuk pemasak nasi dan masukkan plag ke dalam soket dinding.
Lampu masak menyala.
 8 
 Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak (Gamb. 5).
Apabila selesai proses memasak, lampu masak padam dan lampu simpan panas menyala secara 
automatik (Gamb. 6).
Perhatian: Jika anda tidak menekan turun tuil kawalan, lampu masak akan padam selepas beberapa 
minit dan lampu simpan panas akan menyala secara automatik.
 9 
 Bukakan tudung dan gaulkan nasi (Gamb. 7).
Untuk mendapatkan hasil terbaik, lakukan ini sebaik sahaja lampu simpan panas menyala. Kemudian 
tudungkan periuk dengan rapi untuk meneruskan fungsi simpan panas. Dengan menggaulkan nasi, 
stim yang berlebihan akan dibebaskan. Ini memberikan nasi yang lebih gebu.
-
-
,
,
,
BaHasa MElayu
15