Philips hd4706 Manual De Usuario

Descargar
Página de 44
Mengukus
Fungsi mengukus hanya boleh digunakan bersama-sama fungsi memasak nasi (lihat bahagian 
‘Memasak nasi’). 
 1 
 Ikuti langkah 1 hingga 6 bahagian ‘Memasak nasi’. Apabila menyukat beras, pastikan ruang 
secukupnya ditinggalkan untuk dulang kukus.
  
 Letakkan makanan yang hendak dikukus di atas pinggan atau dulang kukus. 
Untuk memastikan pengukusan yang sekata, makanan hendaklah diratakan dengan sekata dan tidak 
dilonggokkan. 
  
 Masukkan dulang kukus ke dalam periuk dalam di atas beras.  (Gamb. 8)
  
 Jika anda menggunakan pinggan yang berasingan, masukkannya ke dalam dulang kukus.
 5 
 Tutup dengan tudung periuk dengan rapi.
 6 
 Ikuti langkah 7 dan 8 bahagian ‘Memasak nasi’.
Makanan akan siap dikukus apabila proses memasak nasi selesai. 
 7 
 Bukakan tudung dan keluarkan makanan kukus dengan teliti dari pinggan atau dulang kukus. 
Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain, kerana pinggan dan dulang kukus pada ketika ini 
sangat panas.
Hati-hati terhadap stim panas.
Pembersihan
Tunggu sehingga periuk pemasak nasi sejuk secukupnya. 
 1 
 Cabutkan plag periuk pemasak nasi.
  
 Keluarkan dulang kukus dan periuk dalam dari jasad utama perkakas. Rendamkan periuk 
dalam di dalam air suam selama beberapa minit. 
  
 Tanggalkan pengumpul embun dengan menariknya ke arah anda (Gamb. 9).
  
 Tanggalkan tudung dalam dari tudung luar dengan mencabutkannya perlahan-lahan dari cemat 
pencagak.  (Gamb. 10)
Untuk memasangkan semula tudung dalam, tekankan tudung dengan kemas pada cemat pencagak.
 5 
 Bersihkan tudung dalam, periuk dalam, dulang kukus, senduk nasi dan pengumpul embun 
dengan span atau kain dan air panas bersabun. 
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk 
membersihkan periuk dalam kerana ini akan merosakkan salutan tidak lekat.
 6 
 Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat permukaan luar dan dalam jasad utama 
periuk pemasak nasi. 
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad utama ke dalam air. Kesatkan plat pemanas dengan kain 
kering.
alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat 
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membentu 
memelihara alam sekitar (Gamb. 11).
,
BaHasa MElayu
16