LG LGE420 Manuale Proprietario

Pagina di 320
87
< Bateri >
Menguruskan bateri dan memeriksa item yang menjimatkan kuasa.
< Aplikasi >
Lihat dan uruskan aplikasi anda.
PERIBADI
< Akaun & selari >
Membolehkan aplikasi menyegerakkan data di latar belakang, tanpa mengira sama 
ada anda sedang mengerjakannya secara aktif atau tidak. Membuang tanda semak 
pada tetapan ini boleh menjimatkan kuasa bateri dan menurunkan (tetapi tidak 
menghapuskan) penggunaan data.
< Akses lokasi >
Akses lokasi saya – Jika anda memilih Wi-Fi & lokasi rangkaian mudah alih, telefon 
anda menentukan lokasi anggaran anda menggunakan Wi-Fi dan rangkaian mudah 
alih. Apabila anda memilih pilihan ini, anda akan ditanya sama ada anda setuju untuk 
membolehkan Google menggunakan lokasi anda semasa menyediakan perkhidmatan 
ini.
Satelit GPS – Jika anda memilih satelit GPS, telefon anda akan menentukan lokasi 
anda sehingga peringkat ketepatan jalan.
Wi-Fi & lokasi rangkaian mudah alih – Membolehkan apl menggunakan data 
daripada sumber seperti Wi-Fi dan rangkaian mudah alih untuk menentukan anggaran 
lokasi anda.
< Keselamatan >
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad SIM atau tukar PIN SIM.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang 
disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir peranti.
Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan gedung play.