LG LGE420 Manuale Proprietario

Pagina di 320
88
Tetapan 
Kelayakan dipercayai – Paparkan sijil-sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari storan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan.
Kosongkan kelayakan – Alih keluar semua sijil.
< Bahasa & input >
Gunakan tetapan 
Bahasa & input untuk memilih bahasa bagi teks pada telefon anda 
dan untuk mengkonfigurasikan papan kekunci atas skrin, termasuk perkataan yang 
telah anda tambahkan pada kamusnya.
< Sokongan & tetapkan semula >
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
Sandarkan data saya – Tetapkan untuk menyandarkan tetapan anda dan data 
aplikasi pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda.
Pemulihan automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi anda 
apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
Menetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai 
lalai kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan semula telefon 
dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula maklumat yang sama 
sebagaimana ketika anda memulakan Android buat kali pertama.
SISTEM
< Tarikh & masa >
Gunakan tetapan 
Tarikh & Masa untuk menetapkan cara akan dipaparkan. Anda juga 
boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan masa dan zon masa anda sendiri 
dan bukan mendapatkan masa semasa daripada rangkaian mudah alih.
< Kebolehcapaian >
Anda boleh menggunakan tetapan 
Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi sebarang 
pasang masuk kebolehcapaian yang telah anda pasang pada telefon anda.