LG P990 OPTIMUS SPEED Manuale Proprietario

Pagina di 353
63
PERISIAN LG
On-Screen Phone membolehkan anda
melihat skrin telefon mudah alih anda
daripada PC melalui USB atau Wi-Fi. Anda
juga boleh mengawal telefon mudah alih
anda daripada PC menggunakan tetikus atau
papan kekunci.
Ikon On-Screen Phone 3.0
Melancarkan LG Home Panorama atau
menukar keutamaan On-Screen Phone.
Menyambung atau memutuskan
sambungan telefon mudah alih anda
kepada/daripada PC anda.
Meminimumkan tetingkap On-Screen
Phone.
Memaksimumkan tetingkap On-Screen
Phone.
Keluar daripada program On-Screen
Phone.
Ciri On-Screen Phone
Pindahan dan kawalan dalam masa 
nyata: memaparkan dan mengawal
skrin telefon mudah alih anda semasa
bersambung ke PC anda.
Kawalan tetikus: membolehkan anda
mengawal telefon mudah alih anda
menggunakan tetikus untuk klik dan seret
pada skrin PC anda.
Input teks dengan papan kekunci: 
membolehkan anda menulia mesej teks
atau nota menggunakan papan kekunci
komputer anda.
Pemindahan fail (telefon mudah alih 
ke PC): menghantar fail daripada telefon
mudah alih anda (seperti Galeri, Pemain
Video, Muzik dan Polaris Office) ke PC
anda. Hanya klik kanan pada fail dan seret
ia untuk menghantarnya ke PC anda.
Pemindahan fail (PC ke telefon mudah 
alih): menghantar fail daripada PC ke
telefon mudah alih anda. Anda hanya perlu
memilih fail yang hendak anda pindahkan
dan seret dan lepaskannya ke dalam
tetingkap On-Screen Phone. Fail yang
dihantar disimpan dalam folder OSP.
Panorama LamanUtamaLG: 
menunjukkan kesemua ruang kerja
LamanUtamaLG. Anda boleh dengan
mudahnya mengatur ikon atau widget dan
menjalankan aplikasi dengan dwi klik pada
pintasan.
NOTA: Sila pastikan LG Home adalah
pelancar asalan. Sesetengah widget
mungkin tidak berfungsi dengan betul
pada Panorama LG Home.
On-Screen Phone