LG P990 OPTIMUS SPEED Manuale Proprietario

Pagina di 353
64
On-Screen Phone
Pemberitahuan acara masa 
nyata: menggesa pop timbul untuk
memaklumkan kepada anda mengenai
sebarang panggilan masuk atau mesej
teks, serta penggera dan pemberitahuan
acara.
Bagaimana memasang 
On-Screen Phone pada PC anda
Layari
lg.com (http://www.lg.com).
Dapatkan kotak carian di sudut kanan atas
dan masukkan nombor model. Pada senarai
SOKONGAN, pilih model anda. Tatal ke
bawah dan pilih tab
OSP lalu klik pada
MUAT TURUN. Apabila digesa, pilih Lari
untuk memasang On-Screen Phone pada
PC anda.
Bagaimana menyambung telefon 
mudah alih anda kepada PC 
anda
Telefon Atas Skrin 2.0 menyediakan
sambungan USB, Bluetooth dan Wi-Fi. Sila
ikuti arahan pada Wizard Sambungan bagi
program OSP.
NOTA: Sila pastikan bahawa kotak
semak On-Screen Phone dalam
 Tetapan 
>
 Sambungan PC > On-Screen 
Phone > On-Screen Phone dipilih. Sila
ambil perhatian bahawa bateri mungkin
akan kehabisan lebih cepat disebabkan
penggunaan semasa jika On-Screen
Phone bersambung melalui Wi-Fi.
Apabila anda menyambungkan telefon
mudah alih anda ke PC anda melalui
Hotspot Mudah Alih dan mengakses kepada
Internet pada PC, caj data tambahan
mungkin dikenakan bergantung pada pelan
data DataPro anda.
Akses kepada Internet menggunakan
rangkaian Wi-Fi mungkin tidak berfungsi
dengan baik bergantung pada trafik
rangkaian. Apabila anda membesarkan
tetingkap On-Screen Phone, paparan pada
skrin mungkin menjadi perlahan.
Untuk memeriksa sambungan telefon 
kepada PC
Sebaik sahaja peranti disambungkan,
seret ke bawah bar Bar Status di bahagian
atas Skrin utama untuk memeriksa status
sambungan On-Screen Phone.