Справочник Пользователя для ASUS DSL-AC52U

Скачать
Страница из 128
62
•   Enable (Dayakan): Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan akses 
Internet. Pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan akses 
Internet.
•    Basic Config (Konfigurasi Asas)
•   IP version (Versi IP): Pilih jenis versi IP anda. Pilihan-pilihan 
ialah IPv4, IPv4/IPv6 dan IPv6
•  Jenis Sambungan WAN: Pilih jenis sambungan yang betul 
berdasarkan jenis perkhidmatan ISP anda. Pilihan-pilihan 
ialah Automatic IP (IP Automatik), Static IP (IP Statik) dan 
PPPoE. 
•  Mendayakan UPnP: UPnP (Universal Plug and Play) (Palam 
dan Main Universal) membenarkan beberapa peranti (seperti 
penghala, televisyen, sistem stereo, konsol permainan, dan 
telefon selular) untuk dikawal melalui rangkaian berasaskan 
IP dengan atau tanpa kawalan pusat melalui get laluan. 
UPnP menyambungkan PC semua betuk faktor, memberikan 
rangkaian tak berkelim untuk konfigurasi jauh dan 
pemindahan data. Menggunakan UPnP, peranti rangkaian 
baru ditemui secara automatik. Apabila bersambung ke 
rangkaian, peranti boleh dikonfigurasikan untuk menyokong 
aplikasi P2P, permainan interaktif, persidangan video, dan 
web atau pelayan proksi. Tidak seperti Pemajuan Port, yang 
melibatkan konfigurasi tetapan port secara manual, UPnP 
secara mengkonfigurasikan penghala secara automatik untuk 
menerima sambungan masuk dan mengarahkan permintaan 
ke PC khusus pada rangkaian setempat. 
•  IPv4 Setting (Tetapan IPv4) 
•    Connect to DNS Server automatically (Sambung ke 
Pelayan DNS secara automatik): Benarkan penghala 
ini untuk mendapatkan alamat IP DNS daripada ISP 
secara automatik. DNS adalah hos pada Internet yang 
menterjemahkan nama Internet ke alamat IP angka. 
•    Mendayakan NAT: NAT (Terjemahan Alamat Rangkaian) 
adalah sistem di mana satu IP awam (IP WAN) digunakan 
untuk memberikan akses Internet ke klien rangkaian dengan 
alamat IP peribadi dalam LAN. Alamat IP peribadi setiap klien 
rangkaian disimpan dalam jadual NAT dan ia digunakan pada 
paket data masuk penghala.