Справочник Пользователя для ASUS DSL-AC52U

Скачать
Страница из 128
64
4.3.3 Picu Port
Picu julat port membuka port masuk yang ditentukan untuk 
tempoh masa yang terhad apabila klien di rangkaian kawasan 
setempat menjadi sambungan keluar ke port yang dinyatakan. 
Picu port digunakan dalam senario berikut:
•    Lebih daripada satu klien setempat memerlukan pemajuan 
port untuk aplikasi yang sama pada masa yang berbeza.
•    Satu aplikasi memerlukan port masuk khusus yang berbeza 
daripada port keluar.
Untuk menyediakan Picu Port:
1.  Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings 
(Tetapan Lanjutan) > WAN Port Trigger (Picu Port).
2.  Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik 
Apply (Guna).
•    Mendayakan Pencetus Port: Pilih Yes (Ya) untuk 
mendayakan Picu Port.
•    Aplikasi Yang Diketahui: Pilih permainan dan perkhidmatan 
web popular untuk menambah ke Senarai Picu Port.
•    Penerangan: Masukkan nama pendek atau huraian untuk 
perkhidmatan ini.