Philips SPH8528/10 用户手册

下载
页码 47
3
MS-MY
Bahasa Mela
yu
Notis
 
Produk ini mematuhi keperluan penting 
dan lain-lain peruntukan berkaitan Arahan 
2006/95/EC (Voltan Rendah), 2004/108/EC 
(EMC).
Hormati hak cipta
  
Pembuatan salinan tidak sah terhadap bahan 
yang dilindungi salin, termasuk atur cara 
komputer, fail, rakaman siaran dan bunyi, 
mungkin melanggar hak cipta dan membentuk 
kesalahan jenayah. Peralatan ini tidak sepatutnya 
digunakan untuk tujuan yang sedemikian. 
Kitar semula
  
Produk anda direka bentuk dan dkilangkan 
dengan menggunakan bahan dan komponen 
berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula dan 
digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah ini 
dilekatkan pada sesuatu produk, ia bermakna 
produk tersebut diliputi oleh Arahan Eropah 
2002/96/EC.
 
Jangan buang produk anda dengan buangan 
isi rumah yang lain. Sila ambil tahu tentang 
peraturan tempatan mengenai pengumpulan 
berasingan produk elektrik dan elektronik. 
Cara membuang produk lama anda yang betul 
akan membantu mencegah kemungkinan 
akibat negatif terhadap alam sekitar dan 
kesihatan manusia.
1 Penting
Keselamatan
Langkah berjaga-jaga keselamatan dan 
penyenggaraan
Jangan sekali-kali, menyentuh, menolak, 
• 
menggosok atau memukul skrin dengan 
objek yang keras kerana ini boleh 
merosakkan skrin secara kekal.
Apabila produk tidak digunakan bagi 
• 
tempoh yang lama, cabut palamnya.
Sebelum anda membersihkan skrin, 
• 
matikan dan cabut palam kod kuasa. 
Bersihkan skrin hanya dengan kain yang 
lembut dan dilembapkan dengan air 
sahaja. Jangan sekali-kali gunakan bahan 
seperti alkohol, bahan kimia atau pencuci 
rumah untuk membersihkan produk.
Jangan sekali-kali letakkan produk 
• 
berhampiran dengan nyalaan terbuka 
atau sumber haba lain, termasuk cahaya 
matahari langsung.
Jangan sekali-kali dedahkan produk pada 
• 
hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan 
bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan 
produk.
Jangan sekali-kali jatuhkan produk. Apabila 
• 
anda terjatuhkan produk, ia akan rosak.
Pastikan anda telah memasang dan 
• 
menggunakan perkhidmatan atau perisian 
hanya daripada sumber yang boleh 
dipercayai yang bebas virus atau perisian 
yang berbahaya.
Produk ini direka bentuk untuk 
• 
penggunaan dalam bangunan sahaja.
Gunakan penyesuai kuasa yang dibekalkan 
• 
untuk produk.
Sebelum anda menyimpan PhotoAlbum di 
dalam pau pembawa, matikan PhotoAlbum 
dahulu.