LG P710 Optimus L7 II User Guide

Page of 296
 
75
Pop timbul panggilan suara masuk – Papar pop panggilan suara masuk semasa 
aplikasi sedang digunakan.
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak panggilan. Pilih 
daripada 
mod Tolak panggilan atau Tolak panggilan daripada.
Tolak dengan mesej – Apabila anda hendak menolak panggilan, anda boleh 
menghantar mesej pantas menggunakan fungsi ini. Ini amat berguna jika anda perlu 
menolak panggilan semasa mesyuarat.
Penyimpan privasi – Menyembunyikan nama dan nombor telefon pemanggil bagi 
panggilan masuk.
Mengalihkan panggilan – Pilih sama ada anda ingin mengalih semua panggilan 
semasa talian sibuk, apabila tidak dijawab atau apabila isyarat tiada.
Jawab secara automatik – Tetapkan masa sebelum peranti bebas tangan yang 
bersambung menjawab panggilan masuk secara automatik. Pilih daripada Matikan, 1 
saat, 3 saat dan 5 saat.
Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang dihubungi 
menjawab panggilan.
Simpan nombor tak dikenali – Menyimpan nombor tidak diketahui ke dalam kenalan 
selepas panggilan.
Kekunci kuasa menamatkan panggilan – Penekanan kekunci Kuasa/Kunci 
membenarkan anda mengakhiri panggilan dan bukannya mematikan skrin.
Sekatan panggilan – Kunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa.
Tempoh panggilan – Lihat tempoh panggilan termasuk Panggilan terakhir, Panggilan 
keluar, Panggilan masuk dan Semua panggilan.
Tetapan panggilan tambahan – Ini membolehkan anda menukar tetapan yang 
berikut:
ID pemanggil: Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada 
panggilan keluar.
Panggilan menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan 
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab 
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).