LG P710 Optimus L7 II User Guide

Page of 296
76
< Kongsi & bersambung >
NFC – Membolehkan untuk membaca data daripada tag NFC atau bertukar kandungan 
dengan peranti lain yang didayakan NFC dengan hanya menyentuhnya dengan 
telefon mudah alih anda. Untuk menggunakan NFC, pastikan telefon mudah alih anda 
dihidupkan dan NFC dihidupkan.
   Untuk menghidupkan atau mematikan NFC: Pada Skrin utama, sentuh dan 
luncurkan panel pemberitahuan ke bawah dengan jari anda, lalu pilih ikon NFC untuk 
menghidupkannya.
Android Beam – Membolehkan perkongsian kandungan dengan mudahnya dengan 
peranti lain yang didayakan NFC. Dengan memegang dua peranti secara berdekatan 
(biasanya bersentuhan belakang) dan kemudian menyentuh skrin, kandungan seperti 
Kenalan, URL, gambar atau klip video boleh dikongsikan. WiFi atau Bluetooth secara 
automatiknya boleh dihidupkan semasa berkongsi gambar atau klip video dan 
dimatikan selepas operasi selesai.
SmartShare Beam – Boleh menerima fail dari telefon-telefon LG.
Pelayan media – Berkongsi kandungan media dengan peranti berdekatan melalui 
DLNA.
< Penambat & rangkaian >
Hotspot Wi-Fi – Anda boleh juga menggunakan telefon anda untuk menyediakan 
sambungan jalur lebar mudah alih. Buat hotspot dan kongsi sambungan anda. Sila 
baca "Berkongsi sambungan data telefon anda" untuk maklumat lanjut. 
Penambatan Bluetooth – Membolehkan anda menetapkan telefon anda sama ada 
anda berkongsi sambungan Internet atau tidak.
Bantuan – Ketik untuk melihat maklumat bantuan pada Wi-Fi hotspot dan fungsi 
penambatan Bluetooth.
Mod pesawat – Selepas beralih kepada mod Pesawat, semua sambungan wayarles 
akan dinyahdayakan.
Rangkaian mudah alih – Tetapkan pilihan untuk perayauan data, mod & operator 
rangkaian, nama pusat akses (APN), dll
Tetapan