LG P710 Optimus L7 II User Guide

Page of 296
 
77
NOTE: Anda mesti menetapkan PIN kunci skrin atau kata laluan sebelum 
anda boleh menggunakan simpanan tauliah.
Aplikasi mesej lalai – Membolehkan anda menetapkan aplikasi pemesejan lalai.
VPN – Memaparkan senarai Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang telah anda 
konfigurasikan sebelum ini. Membolehkan anda menambah jenis VPN yang berbeza.
PERANTI
< Bunyi >
Profil bunyi – Anda boleh memilih Bunyi, Getar Sahaja atau Senyap.
Volum – Anda boleh menguruskan volum muzik, video, permainan dan media lain, 
nada dering Telefon, bunyi pemberitahuan dan Sentuh maklum balas & sistem.
Masa diam – Tentukan masa untuk mematikan semua bunyi kecuali penggera dan 
media.
Nada dering telefon – Membolehkan anda menetapkan nada dering panggilan masuk 
lalai anda.
Nada dering dengan getaran – Maklum balas getaran untuk panggilan.
Getaran panggilan masuk – Membenarkan anda memilih jenis getaran untuk 
panggilan masuk.
Bunyi pemberitahuan – Membolehkan anda menetapkan nada dering pemberitahuan 
lalai anda.
Maklum balas & sistem sentuh – Membolehkan anda untuk menetapkan maklum 
balas (nada dan/atau getaran) ketika menggunakan peranti anda.
< Paparan >
Kecerahan – Laraskan kecerahan skrin.
Masa tamat skrin – Tetapkan masa untuk masa tamat skrin.
KnockON – Tanda semak untuk membolehkan KnockON menghidupkan dan 
mematikan skrin. Dwiketik dengan cepat di tengah skrin untuk menghidupkannya.