Philips HP3641 Manuale Utente

Pagina di 40
telah sejuk secukupnya, perkakas boleh dihidupkan semula dengan menekan butang hidup/
mati atau dengan mencabut plag sesalur dan memasangnya semula. 
Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda 
dengan sempurna sebelum menggunakan perkakas ini.
Jangan pandang ke arah cahaya lampu apabila ia dihidupkan. Pejamkan mata anda.
Penuras menjadi sangat panas apabila perkakas dihidupkan. Jangan sentuh! 
Jangan guna perkakas ini apabila penurasnya rosak, pecah atau hilang.
Elakkan penyejukan melampau pada bahagian badannya secara mendadak selepas rawatan.
Jangan tidur semasa rawatan.
Ubat penghilang kesakitan mengurangkan kesensitifan terhadap haba. Jangan guna perkakas ini 
sekiranya anda sedang mengambil ubat penghilang kesakitan tanpa merujuk doktor anda 
terlebih dahulu.
Sekiranya anda menghidap penyakit berat, sila rujuk doktor anda sebelum memulakan 
penggunaan.
Secara umumnya, sekiranya anda boleh mandi dengan air panas, anda boleh menggunakan 
perkakas ini. Sekiranya   tidak pasti, rujuklah doktor anda.
Sekiranya anda terlebih sensitif terhadap cahaya inframerah, anda harus lebih berhati-hati 
semasa menggunakan perkakas ini. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
Jangan gunakan perkakas ini sekiranya anda mengalami bengkak atau keradangan, kerana haba 
boleh memburukkan keadaan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda. 
Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6 - 8 kali rawatan, hentikan penggunaan 
perkakas ini dan rujuklah doktor anda.
Menggunakan perkakas
Kesan infraCare
InfraCare mengeluarkan cahaya inframerah yang menembusi kulit kita jauh ke dalam. Ini memanaskan 
kulit, mengembangkan saluran darah dan dengan demikian merangsang peredaran darah. 
Darah mengangkut bahan yang diperlukan untuk membina semula dan menyuburkan tisu-tisu badan 
dengan lebih pantas, dan pada masa yang sama bahan buangan dikeluarkan dengan lebih cepat lagi.
Ini bermakna rawatan menggunakan InfraCare boleh melegakan masalah otot dan kesakitan. 
aplikasi terapeutik
InfraCare adalah perkakas terapi pemanasan tempatan.
Kemungkinan aplikasi:
Rawatan untuk sakit otot yang berkala atau kronik, otot tegang dan sendi tegang.
Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang (lumbago)
Rawatan chilblain
Persediaan untuk rawatan lain seperti urut
Rawatan sakit terseliuh dan lebam
Untuk melegakan sakit, spt dari penyakit reumatik
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, sila lihat kata carian 
InfraCare di www.philips.com. (Gamb. 5)
Bersedia untuk menggunakannya
 1 
 Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
  
 Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-
kurangnya 5cm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan 
melampau. (Gamb. 6)
Dengan adanya kekaki, perkakas ini dapat digunakan dalam pelbagai posisi. Di bawah ini adalah 
beberapa contoh.
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
-
-
-
-
-
-
,
BaHasa MElayu
18