Philips HP3641 Manuale Utente

Pagina di 40
Untuk merawat bahagian belakang dari bahu ke pinggul, letakkan perkakas di sebelah katil, 
dengan bingkai lampunya dalam posisi yang tertinggi serta dicondongkan ke bawah, dan 
baringlah dengan selesa secara meniarap. (Gamb. 7)
Untuk merawat bahagian belakang anda, letakkan perkakas di sebelah katil, dengan bingkai 
lampu pada posisi yang paling rendah, dan baring dengan selesa secara mengiring ke kiri atau 
ke kanan. (Gamb. 8)
Untuk merawat bahagian atas belakang dan bahu, letakkan perkakas di belakang kerusi, dengan 
bingkai dalam posisi mendatar, dan duduklah dengan selesa sambil menghadapkan bahagian 
belakang anda ke arah perkakas itu. (Gamb. 9)
Untuk merawat belakang anda, letakkan perkakas di sebelah kerusi atau bangku, dengan 
bingkai lampu dalam posisi menegak, dan duduklah dengan selesa sambil menghadapkan 
bahagian belakang anda ke arah perkakas itu. (Gamb. 10)
Untuk merawat pinggul dan bahagian atas peha, letakkan perkakas di sebelah kerusi, dengan 
bingkai lampu dalam posisi mendatar, dan duduklah dengan selesa.  (Gamb. 11)
  
 Laraskan bingkai lampu
Pusingkan gegelang pelarasan ketinggian ke kiri, tarik bingkai lampu ke atas atau tolaknya ke 
bawah ke ketinggian yang diingini, kemudian kuncikan posisinya dengan memusing gegelang itu 
ke kanan. (Gamb. 1)
Untuk mencondongkan bingkai lampu ke atas atau ke bawah, pegang pemegangnya dan 
gerakkan ke posisi yang diingini. (Gamb. 1)
Anda juga boleh memusingkan bingkai lampu ke posisi mendatar atau menegak dengan 
memegang pemegangnnya serta memusingkannya ke posisi yang dikehendaki. (Gamb. 1)
Pastikan tapak kekaki dalam keadaan mendatar. Sekiranya ia senget, perkakas akan mati 
dengan secara automatik. (Gamb. 15)
  
 Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
Pada jarak sejauh 40-50cm dari badan, InfraCare merawat bahagian sebesar lebih kurang 40cm 
kali 60cm. Pada jarak yang lebih jauh, babagian dirawati menjadi lebih besar dan cahaya lampu 
dan intensiti haba menjadi kurang. Pada jarak yang lebih dekat, kawasan dirawati lebih kecil dan 
cahaya lampu dan intensiti haba lebih kuat.
Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada 
tersentuh dengan penuras yang panas.
Pilih jarak untuk mendapatkan haba yang selesa. 
Nota:Kepanasan perkakas tidak mencapai tahap intensiti sepenuhnya sehingga setelah beberapa minit 
ia dipasang. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna perkakas tidak berkesan dalam tempoh ini.
Jangka rawatan
Jangka rawatan bergantung pada orang yang dirawati dan pada jenis penggunaan perkakas. Kami 
syorkan beberapa rawatan singkat sehari, contohnya 2 rawatan selama 15 minit sekali, pada 
beberapa hari berturut-turut untuk mendapat hasil.
Nota:Amalan telah menunjukkan bahawa beberapa rawatan singkat sehari mendatangkan hasil yang 
lebih baik dari satu rawatan yang lebih panjang.
Sentiasa merujuk kepada doktor anda sekiranya berasa ragu! 
Menggunakan infraCare 
 1 
 Masukkan plag ke dalam soket dinding.
Butang hidup/mati (A) dan butang pemasa (D) berkelip selama 1 minit, butang intensiti 
maksimum (B) menyala dan 00 mengelip pada paparan.  (Gamb. 16)
  
 Tetapkan masa rawatan yang diingini dengan menekan butang pemasa + or - . Teruskan 
menekan butang untuk melaraskan masa dengan lebih cepat.
,
,
,
,
,
,
,
,
,
-
-
-
,
BaHasa MElayu
19