Philips HP3641 Manuale Utente

Pagina di 40
  
 Laraskan intensiti cahaya lampu dengan menekan salah satu butang intensiti. Sekiranya anda 
tidak menekan sebarang butang ini, lampu akan berfungsi pada tetapan lalai, yakni pada 
intensiti maksimum.
  
 Hidupkan perkakas dengan menekan butang hidup/mati.
 5 
 Sekiranya anda ingin menghentikan rawatan sebentar, tekan butang jeda (C). (Gamb. 16)
Lampu terpadam, tetapi baki masa rawatan disimpan dalam memori perkakas.
Untuk menyambung semula rawatan, tekan butang jeda sekali lagi.
 6 
 Untuk mengubah masa rawatan dan intensiti cahaya semasa rawatan:
Tekan butang pemasa + or - untuk mengubah masa rawatan atau salah satu butang intensiti 
untuk mengubah intensiti cahaya. 
 7 
 Perkakas akan dimatikan secara automatik apabila masa yang ditetapkan telah berlalu.
Nota:Apabila sampai ke minit yang terakhir daripada masa yang ditetapkan 01 berkelip pada paparan. 
Pembersihan
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum mencucinya.
Jangan sekali-kali gunakan cecair yang melelas seperti agen penyentalan, minyak petrol atau aseton 
untuk membersihkan perkakas.
 1 
 Bersihkan bingkai lampu, kekaki dan tapak dengan kain lembap. Pastikan air tidak mengalir ke 
dalam perkakas.
  
 Anda boleh membersihkan bahagian luar penuras dengan kain lembut yang direnjiskan dengan 
spirit kermetil.
Penyimpanan
 1 
 Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum membersihkan perkakas.
  
 Pusingkan gegelang pelarasan ketinggian ke kiri, tekan bingkai lampu ke bawah, kemudian 
kuncikan posisinya dengan memusing gegelang ke kanan.  (Gamb. 1)
  
 Gulung kord dan sangkutkan ke tiang kekaki dengan menggunakan pengikat kord Velcro. 
(Gamb. 17)
Sentiasa angkat atau bawa perkakas dengan memegang kekakinya. (Gamb. 18)
Nota:Simpan InfraCare di tempat yang kering.
Penggantian
Penuras
Penuras inframerah memelihara dari terdedah kepada cahaya yang tidak diingini.
Sekiranya penuras rosak atau pecah, jangan gunakan perkakas ini lagi. Juga jangan cuba 
menggantikan lampu sekiranya lampu ia tidak berfungsi. Anda boleh menghubungi Pusat Penjagaan 
Pelanggan Philips untuk mendapatkan maklumat. 
Nota:Sekiranya penuras pecah atau rosak atau lampu tidak berfungsi dalam masa tempoh jaminan, 
anda boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips supaya perkakas dapat diganti.
lampu
Keberkesanan lampu tidak berkurang mengikut masa yang berlalu.
-
-
,
BaHasa MElayu
0